May peace be upon all of you readers,
Aku bukan baik. tapi, aku cuba berubah. Alhamdulillah. Dalam setiap kepahitan, ada manis nya. Banyak yang aku belajar sejak kebelakangan ini. firstly, i dont usually blog in malay. but this is my first trial. maybe i can express more thoughts in malay. banyak benda yang aku belajar sejak 2011. sejak habis zaman persekolahan.sejak kenal erti hidup dalam kolej. aku syukur kolej aku dekat dengan rumah. mak aku selalu kata "god answered my prayers, ima dapat kolej dengan rumah supaya dekat dengan mak. supaya boleh teman mak" sebenarnya bila teringat apa mak cakap, boleh nangis. boleh kata tiap kali hari jumaat je, rindu dekat mak tu memang kuat. aku sorang je lah anak perempuan mak.
sejak aku masuk kolej, aku perasan perubahan yang ada. i mean, surrounding aku. masa aku kerja dulu dengan kolej aku. macam langit dengan bumi. masa aku baru habis sekolah, lepas tu kerja kejap, aku rasa aku nak buat course tourism.sebab? aku suka nteract dengan orang. aku suka borak borak. pasal customer service tu, aku tahu nanti lama lama akan belajar sendiri. sebab sekarang bila cuti pun aku masih kerja kat tempat yang sama. its like my second home. bila aku dekat kolej. aku tak rasa aku jadi diri aku. well, to be honest, aku boleh masuk dengan few people je. mungkin sebab suasana dia. dia nak biasa kan bakal cikgu macam kami ni dengan sekolah kan. ye lah. kafe pun panggil kantin. waktu kelas sama dengan waktu sekolah. aku tak merungut ni. aku masih bersyukur. normal lah hidup cikgu macam tu. sebenarnya banyak kali aku rasa nak give up. but then i often tell my self "this is only your foundation year, i shouldnt give up so easily" lepas teringat muka mak, abah, abang abang dengan adik adik. telinga pulak selalu terngiang ngiang, terdengar suara sarah (kawan sekolah) selalu cakap masa dulu " ima, kita tau awak boleh jadi cikgu." that one ayat selalu kasi aku strength to keep on going. lagi pun, aku balik tiap tiap weekend. i make it a point, kalau sedih, pergi tempat yang boleh jumpa happiness. sebab, bagi aku, happiness is a state of mind. kalau aku fikir aku nak happy, aku akan jadi happy.
satu benda yang aku azam kan 2012 ni. aku nak jadi lebih baik. aku ada kawan lelaki yang aku kenal dari kolej, dia baik sangat dengan aku. banyak kali dah aku sakit kan hati dia. but, he is still there for me. padahal, aku rasa apa yang aku buat dekat dia memang tak boleh di terima akal. tapi sebab kawan aku ni penyabar, dia maaf kan aku. dekat dia ni lah aku cerita semua. eh tak ada lah semua. but he knows my stories. dia selalu ingat kan aku pasal tuhan. for that i thank you my friend. dia lah yang selalu suruh aku sabar bila aku marah marah ke emosi tak tentu pasal ke. lepas tu, masa aku kerja dulu, aku ada few friends yang aku kenal, yang to me layak sangat sangat jadi inspirasi. first, aliya, dulu dia classmate aku. siap duduk sebelah aku lagi tu. 2 tahun jadi classmate duduk sebelah menyebelah. masa kerja, kitorang masuk tempat sama. jadi kiranya aku nampak ups and downs dia. lepastu aku kenal family dia. being with her family selalu buat aku rasa terharu. she's some how inpires me. pandai pun ya, sopan pun ya. tapi satu benda yang aku salute sangat sangat is how dia taat dengan parents dia. aku selalu nak jadi macam dia. lepas tu, lagi 2 orang kawan aku sekarang dah belajar kat UIA.dua dua student law. dua dua banyak cakap macam aku.sorang nama dia pun aliya, masa aku kerja dulu, aku nampak macam mana dia bergaul. dia macam aku.tapi dia lembut sikit dari aku lah. aku ganas. tapi sejak dia masuk UIA, dia dah start berubah. tudung dia dah start labuh sikit. dah pakai handsocks nak cover tangan kalau pakai jubah pun. perubahan dia tu, menyebab kan aku pun pernah cuba buat macam tu. tapi aku ni, bila dah lama lama tu tudung singkat balik.aku sepatutnya istiqamah aku tau.lagi sorang kawan aku tu aisyah. secantik namanya, rupa pun cantik. macam najwa latif pakai braces. i've been seeing her every week, kitorang dah macam ada weekly meeting. dia memang dari sekolah agama. so pengetahuan agama dia memang ada asas yang kuat. ecah ni tak pernah dakwah kat aku. tapi, dengan apa yang dia cakap,aku harap sangat dapat jadi macam dia. Alhamdulillah, ecah sekarang macam kaunselor private aku. ecah ni tak kedekut ilmu. lepas tu dia dengan aku, kalau cakap mengalah kan bullet train.
hawa, kawan aku yang aku dah anggap macam kakak aku sendiri pun banyak berubah. benda ni yang buat aku rasa, kawan kawan aku semua dah cuba memperbetulkan jalan dorang. habis sampai bila aku nak sesat?
sebenarnya, aku nampak perubahan pada diri aku sendiri. tak banyak. tapi cukup untuk aku tahu yang aku dah matang sikit dari dulu. cukup untuk aku sedar yang aku mesti cuba untuk berubah kepada yang lebih baik. aku rasa 2012 ni, aku kena mula surround my self with supportive people, positive people, and religious people. hati aku memang tergerak habis nak berubah bila follow tweets anak auntie farah. mak aku memang selalu cerita pasal auntie farah. setiap yang dia kata tu mesti kena dengan aku. aku nak berubah. tapi, dari mana aku nak start?






